Wednesday 7 March 2012

Jawapan Minggu 4


Minggu          :   4
Tarikh             :  31 JANUARI 2012 (SELASA)
Masa              :  10:30 – 1:30
Topik              :  Pemilihan Bahan Internet Untuk Pengajaran 
                           dan Pembelajaran Bahasa Melayu
-       Memilih bahan sastera
-       Memilih bahan tatabahasa
-       Memilih bahan bidang ilmu lain

Soalan           : 1.       Nyatakan aspek kesusateraan yang 
digunakan dalam proses pengajaran sastera Bahasa Melayu.


Jawapan        :
ASPEK KESUSASTERAAN YANG DIGUNAKAN DALAM PROSES PENGAJARAN SASTERA B. MELAYU

Aspek kesusateraan yang digunakan dalam proses pengajaran sastera Bahasa Melayu ialah:

a)    Pemilihan teks

            Pemilihan teks perlu diberi perhatian jika kesusasteraan hendak dijadikan
wahana mengajar kemahiran berfikir aras tinggi. Teks yang boleh dipilih darI pelbagai genre seperti cerpen,novel,sajak dan sebgainya. Teks ini juga perlu berkaitanan
dengan  kehidupan pelajar supaya ia membawa makna kepada pelajar.   

b)    Taksonomi untuk mengajar kemahiran berfikir aras tinggi

            Taksonomi membantu guru dalam memilih objektif dan menyediakan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru sering bergantung kepada pelbagai
taksonomi yang telah dikemukankan. Guru boleh memilih dan menggunakan
taksonomi yang memberikan kebebasan kepada mereka menentukan sesuatu aktiviti.

c)    Pengurusan grafik

            Penggunaan pengurusan garfik dalam pengajaran dan pembelajaran
membantu pelajar menyusun proses pemikirannya. Pengurusan grafik membentu
pelajar melalui langkah-langkah asas yang terdapat bagi menguasai sesuatu
kemahiran dengan cara yang lebih teratur.

Monday 20 February 2012

KATA KERJA



Kata kerja terbahagi kepada :
A. Kata Kerja Transitif  ( Perbuatan Melampau )
B. Kata Kerja Tak Transitif ( Perbuatan tidak Melampau )

A. Kata Kerja Transitif
1. Kata Kerja Transitf ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain.Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut ( objek ).
2. Ayat ini mesti ada peyambutnya ( objek )
3. Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan ‘me-‘ sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan contohnya mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan.

1.             Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama. Contohnya: Atan mendengar radio.
               mendengar ialah kata kerja
                transitif
               radio ialah objek (kata nama)
Kata kerja transitif menggunakan imbuhan men , men ...i, men ...kan, memper , memper...i, dan memper...kan. Contohnya:

Contoh ayat :

1. Kucing itu menangkap seekor burung.
2. perempuan itu menjual sayur.
3. Bapa sedang menulis surat.

Dalam ayat pertama Kucing ialah pembuat, menangkap ialah perbuatan melampau dan seekor burung ialah benda yang kena buat atau penyambut.
Dalam ayat kedua Perempuan ialah pembuat, menjual ialah perbuatan melampau dan sayur ialah benda yang kena buat atau penyambut.
Dalam ayat ketiga Bapa ialah pembuat, menulis ialah perbuatan melampau dan surat ialah benda yang kena buat
atau penyambut.

(a)           Pak Abu menjala ikan.
(b)           Orang ramai diminta menjauhi kawasan itu.
(c)           "Kita tidak harus membiarkan perkara ini berterusan," kata ketua kampung.
(d)           Jangan suka memperdaya orang yang bodoh.
(e)           Untuk memperbaiki mutu lakon an anda perlu selalu berlatih.
(f)            Pihak polls mempertemukan ibu itu dengan anaknya.


Subjek ( pembuat )  Kata kerja transitif    penyambut ( Objek )
Dia suka        membaca       buku
Jamilah          memukul       seekor ular
Abidin            menjual          kuih-muih
Ramli  berjalan          ke sekolah
Kereta itu       melanggar     seekor lembu



B. Kata Kerja Tak Transitif
Kata kerja tak transitif  ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Oleh itu ia tidak mempunyai penyambut.

Contohnya :

1. Mereka berjalan pada hari cuti.
2. Anjing itu sedang tidur.
3. Hujan turun dengan lebatnya semalam.

Dalam ayat pertama Mereka melakukan berjalan, tidak kepada benda lain.
Dalam ayat kedua Anjing melakukan tidur, tidak kepada benda lain.
Dalam ayat ketiga Hujan melakukan turun, tidak kepada benda lain.


Subjek ( pembuat )  Kata kerja tak Transitif         keterangan
Kami   mandi di tasek itu.
Dia      senyum          semasa berjalan
Saya   menyanyi      dengan kuat
Hassan          berjalan          ke sekolah

7.1 Kata Kerja Tak Transitif
1.             Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dalam ayat, yakni tidak memerlukan objek lagi.
2.             Kata kerja tak transitif ada yang berbentuk asal dan ada yang berimbuhan ber , men , ter , ber... an,
dan ber...kan. Contohnya: (a) Ravi belum datang lagi. (b) Murid murid sedang belajar. (c) Sungai itu mengalir deras.

Peringatan

Tiap-tiap kata kerja tak transitif boleh dijadikan kata kerja transitif dengan menambah ‘kan’ atau ‘ I’
di hujungnya.
Contoh ayat:

1. Mereka menjalankan jentera itu.
2. Emak sedang menidurkan adik.
3. Pekerja itu menurunkan barang-barang dari atas lori.
4. Halim mengikuti perbualan mereka.
5. Saya sudahi syarahan saya ini dengan ucapan salam.

7.3 Kata Kerja Pasif
1.             Kata kerja pasif ialah kata kerja yang berasal daripada kata kerja transitif tetapi yang tidak berawalan men . Contohnya: angkat, atasi, berikan, percepat, pelajari, persilakan, dan sebagainya.
2.             Ada tiga jenis kata kerja pasif. (a) kata kerja pasif diri pertama (b) kata kerja pasif diri kedua (c) kata kerja pasif diri ketiga
3.             Kata kerja pasif diri pertama ialah kata kerja pasif yang berimbuhan ku . Contohnya: kuangkat, kuatasi, kuberikan, kupercepat, kupelajari, dan kupersilakan.
4.             Kata kerja pasif diri kedua ialah yang berimbuhan kau . Contohnya: kauangkat, kauatasi, kauberikan, kaupercepat, kaupelajari, dan kaupersilakan.
5              Kata kerja pasif diri ketiga ialah yang berimbuhan di . Contohnya: diangkat, diatasi, diberikan, dipercepat, dipelajari, dan dipersilakan